Produk dan Perkhidmatan

Pasaran utama Muslim Agrotech adalah cendawan segar iaitu cendawan tiram kelabu, cendawan tiram putih, cendawan telinga kera dan cendawan abalone.

Cendawan Tiram Kelabu ( Pleurotus sajor-caju )


Cendawan tiram kelabu nie jenis yang paling top dalam negara kita. Antara khasiatnya ia mengandungi 9 asid amino dengan 19-35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ini ialah : vitamin B1, B2, niasin, biotin dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti Kalium, Pottasium, Kalsium, Natrium, Magnesium dan Kuprum. Cendawan ni juga sangat baik untuk kesihatan badan kita.Antara fungsi khasiatnya: 
  • Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kandungan glukosa dan lipid
  • Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bakteria
  • Menghalang pertumbuhan tumor 
  • Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik

Cendawan Tiram Putih ( Pleurotus florida )

Cendawan tiram putih kurang dikenali di negara Malaysia tp sangat popular di negara Thailand. Khasiat cendawan ini sama seperti cendawan tiram kelabu tetapi rasanya lebih sedap dan lebih kenyal berbanding cendawan tiram kelabu. Kelemahan cendawan ini adalah mudah rosak dan tidak tahan lama (kebiasaan hanya bertahan dalam 3-5 hari) seperti cendawan tiram kelabu ( boleh disimpan didalam peti sejuk hingga 2 minggu tanpa rosak)


Cendawan Telinga Kera ( Auricularia auricula-judae )


Cendawan telinga kera atau nama lainnya cendawan jeli hitam ini sangat lazat dimasak sebagai campuran sup dan ia juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Cendawan jeli hitam ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku didalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid (lemak dalam darah). Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ia juga mampu mengurangkan panas dalam badan dan rasa sakit akibat luka bakar. Kandungan bahan didalam lendir cendawan jeli hitam ini juga efektif untuk menghalang pertumbuhan sel kanser 80%-90%. Mereka yang makan juga akan lawas untuk proses pembuangan air besar dan ini secara tidak langsung mengurangkan masalah buasir. Ada yang mendakwa cendawan ini juga membantu mengurangkan berat badan.

Cendawan Abalone ( Pleurotus cystidiosus )

Dalam keluarga Pleurotus, cendawan abalone adalah cendawan yang paling sedap sekali. Dengan ketebalan, kekenyalan dan kelazatannya, cendawan ini lebih digemari oleh golongan berbangsa cina berbanding cendawan lain memandangkan harganya yang lebih mahal. Rasa cendawan abalone ini seakan-akan cendawan butang manakala khasiatnya pula adalah sama seperti cendawan tiram yang lain. 

No comments:

Post a Comment