Profile Syarikat

Bismillahirrohmanirrohim.. Alhamdulillahi Rabbil A'lamin.. Bersyukur ke hadrat Ilahi diatas limpah kurniaNya yang tidak terhingga kepada kita semua. Selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad S.A.W yang di kasihi.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada suami yang amat di sayangi dan anak-anak yang dikasihi yang menjadi tulang belakang syarikat sejak penubuhan syarikat hingga ke hari ini.
Tidak dilupakan juga jasa baik sifu Abg Din dan Kak Ita dari Penghulu Him, Sg Petani yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik dan berkongsi ilmu-ilmu penanaman cendawan sehingga syarikat mampu berdiri megah sekarang..Terima kasih banyak2 Abg Din dan Kak Ita..
Dan juga jutaan terima kasih juga diucapkan pada sifu kami dari Hadyai, Thailand Mr. Veeradej Rojanasuwum yang banyak mengajar dan membuka mata kami mengenai bio-teknologi Thailand-version.
Dan saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak KEDA cawangan Kulim diatas sumbangan sebuah bangsal pemprosesan cendawan bernilai RM10,000.00 dan melantik kami menjadi consultant utk semua projek cendawan dibawah KEDA seluruh negeri kedah.
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua pihak yang terlibat. Amin..


Dari meja pengurus,

Liediawati halim



Syarikat Hijau Kuning Gemilang Ent. (SHKG) telah beroperasi sejak tahun 2007 dalam beberapa sektor perniagaan dan kini melebarkan sayap dalam industri penanaman cendawan sejak tahun 2012 dengan nama Muslim Agrotech. Bermula dari penanaman cendawan secara kecil-kecilan di lot rumah, kini syarikat telah berjaya bertapak di Sg. Kob, Kulim, Kedah dengan keluasan tanah keseluruhan 1.5 ekar. Berbekalkan pengalaman yang telah dipelajari dari beberapa usahawan cendawan yang lain dari dalam dan luar negara, syarikat telah mampu menghasilkan dan memasarkan benih cendawan sendiri yang setanding kualiti benih cendawan dari negara Thailand.

Secara langsung Muslim Agrotech adalah pengeluar dan pembekal cendawan segar di daerah Kulim dengan kapasiti pengeluaran setakat ini 1500 kg sebulan.

Selain daripada itu, Muslim Agrotech mempunyai kapasiti menghasilkan bongkah cendawan sebanyak 30,000 unit sebulan. Muslim Agrotech adalah mentor kepada peserta atau individu yang ingin mengetahui / belajar cara projek ini dijalankan.


Menjadi pembekal bahan mentah dan bongkah cendawan yang matang kepada pengusaha kecil sekitar Negeri Kedah.


Sedang berusaha bagi mengeluarkan pelbagai jenis cendawan secara komersial disamping mencari pasaran baru seperti cendawan susu harimau dan LingZhi ( Ganoderma )


Visi Syarikat



Untuk menjadi sebuah organisasi sumber terulung, dinamik serta berdaya saing menerusi pakatan berpasukan yang teguh dan mantap.



Misi Syarikat



Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan pengguna seratus peratus.




Objektif Syarikat

Matlamat ataupun objektif utama syarikat adalah :

  1. Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan.
  2. Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara pembekal dan para pelanggan.
  3. Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
  4. Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
  5. Konsisten dalam menangani masalah tempahan dan pembelian bekalan agar penghantaran produk dapat terus disalurkan kepada pelanggan dengan segera.
Objektif ini adalah selaras dengan usaha kerajaan Malaysia dalam melahirkan generasi usahawan yang agresif lagi prihatin menuju ke arah "Wawasan 2020" dan juga membina "Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)" 

Wawasan Muslim Agrotech ialah menjadi sebuah syarikat terunggul dalam industri pertanian moden seperti penanaman cendawan yang melibatkan bio-teknologi.