Tuesday, September 8, 2015

As'salam semua.. Saja nak blanja pic terbaru suasana didalam rumah cendawan.. ^_^











Sunday, August 30, 2015

Assalamualaikum.. Sudah seminggu penghantaran bongkah cendawan ke rumah anak-anak yatim BEDAYA di Kulim, Kedah, saya teringin nak melawat untuk melihat progress camana aktiviti anak-anak yatim kat sana.. Alhamdulillah.. Berkembang sungguh cendawan-cendawan kat situ.. Rezeki anak-anak yatim. Alhamdulillah..Syukur pada-Mu ya Allah..



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Saya nak kongsikan 1 tips dengan pengusaha2 cendawan semua.. Sesiapa yang mengalami masalah serangan bari-bari (lalat buah) dan dah habih ikhtiar tp tak jadi jgk (kebiasaan dengan menggunakan pelekat lalat), boleh try 1 ilmu yg saya dapat dari Thailand. Kebiasaannya bari-bari banyak di kawasan yang ada buah-buahan seperti dusun. Jadi, kalau membuat rumah cendawan didalam dusun, pasti akan mengalami masalah serangan bari-bari ini. Risiko adalah tanggungjawab sendiri k.. Saya dah mengamalkan dan berjaya. ^_^  Bancuhkan ubat anai-anai dan campurkan sedikit gula pasir dalam nisbah 10liter :1kg. Then, bleh semburkan di sekitar kawasan serangan bari-bari tersebut dan sekeliling rumah cendawan. Kalau bari-bari dah mula masuk dalam bongkah cendawan, bolehlah disemburkan sedikit kedalam bongkah. Tp ingat.. Hasil cendawan yang pertama keluar selepas semburan tersebut, hendaklah dibuang kerana dikhuatiri terdapat kesan racun. Hasil yang seterusnya bolehlah dituai seperti biasa. Kebiasaannya sehari selepas semburan racun tersebut, saya akan memotong sedikit bahagian depan bongkah tersebut (dalam 2 inci) untuk membuang sisa racun. Selamat mencuba.. ^_^

Thursday, May 28, 2015

Assalamua'laikum.. Lupa nak update. Ni yg latest order sebanyak 3200 bongkah dari Kg. KEDA Sg. Toh Pawang. Kena antar 2 trip sbb lori kecik. Tahniah pd peserta2 yg mengambil bahagian dalam penanaman cendawan ini.


















Monday, May 11, 2015

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh..
Kelmarin dengan jayanya pihak Muslim Agrotech menghantar pesanan bongkah sebanyak 500 bongkah ke Gurun, Kedah.. Sekampung datang menziarahi tuan rumah iaitu Kak Seha untuk melihat bongkah-bongkah cendawan yang dihantar..Ramai yang berminat rupanya dalam biz cendawan nie.. Kat bawah nie saya belanja gambar-gambar proses penghantaran sampai susun bongkah kat rak.. Dengan rak-rak sekali kita bagi. Kita bagi servis baik punya..hehehe









Friday, April 24, 2015

Puji dan syukur ke hazrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya, pihak Muslim Agrotech dengan jayanya telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Penanaman Cendawan pada 23 April 2015 - 24 April 2015 dengan usahasama dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Seramai 7 peserta dari Sg. Toh Pawang, Bedong, Kedah telah menyertai kursus yang pertama kali diadakan ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta dan diharapkan segala ilmu yang dicurahkan dapat memberi manfaat pada semua. Tahniah..

Saturday, February 28, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersempena dengan Perasmian Muslim Agrotech di tapak baru di Sg. Kob, Kulim, Kedah, Muslim Agrotech ingin membuat promosi jualan bongkah matang murah-murah secara besar-besaran bertujuan promosi untuk memperkenalkan Muslim Agrotech pada umum. Hanya RM 1.50 sebongkah. Harga biasa RM 2 sebongkah. Jimat 50 sen untuk setiap bongkah. Promosi sehingga akhir bulan april 2015. Hubungi saya Liediawati 013- 4961121 atau En. Aqbal 019-5554679 sekarang... ^_^