Sunday, August 30, 2015

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.. Saya nak kongsikan 1 tips dengan pengusaha2 cendawan semua.. Sesiapa yang mengalami masalah serangan bari-bari (lalat buah) dan dah habih ikhtiar tp tak jadi jgk (kebiasaan dengan menggunakan pelekat lalat), boleh try 1 ilmu yg saya dapat dari Thailand. Kebiasaannya bari-bari banyak di kawasan yang ada buah-buahan seperti dusun. Jadi, kalau membuat rumah cendawan didalam dusun, pasti akan mengalami masalah serangan bari-bari ini. Risiko adalah tanggungjawab sendiri k.. Saya dah mengamalkan dan berjaya. ^_^  Bancuhkan ubat anai-anai dan campurkan sedikit gula pasir dalam nisbah 10liter :1kg. Then, bleh semburkan di sekitar kawasan serangan bari-bari tersebut dan sekeliling rumah cendawan. Kalau bari-bari dah mula masuk dalam bongkah cendawan, bolehlah disemburkan sedikit kedalam bongkah. Tp ingat.. Hasil cendawan yang pertama keluar selepas semburan tersebut, hendaklah dibuang kerana dikhuatiri terdapat kesan racun. Hasil yang seterusnya bolehlah dituai seperti biasa. Kebiasaannya sehari selepas semburan racun tersebut, saya akan memotong sedikit bahagian depan bongkah tersebut (dalam 2 inci) untuk membuang sisa racun. Selamat mencuba.. ^_^

No comments:

Post a Comment